Oct 5, 2008

Ucapan


SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI 1429H

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Bahagian Hal Ehwal Tarbiah,
Sekolah Rendah Al-Itqan,
Pulau Pinang.

Sep 1, 2008

Ramadhan Menggamit Kita,
Ramadhan Melambai Kita…
Mari Bersama Menyemarakkannya.

“Hai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah (2) : 193)

Bukan sembarangan untuk memperolehi gelaran taqwa. Terlalu sukar jalan yang perlu diharungi, lebih sulit dari memperoleh gelaran duniawi. Kini tawaran itu datang lagi bersama tetamu agung ini – tetamu Rabbul Jalil ini - ia bagaikan seorang kekasih nan setia yang terpaksa menghilang seketika, sampai masa dan sampai ketikanya ia datang semula dengan penuh kesetiaan, dengan penuh kasih rindu, dengan penuh syahdu. Ia datang dengan tangan mendepa sedia merangkul hangat kekasihnya pula, rangkulan kasih dengan luahan berbisik rahmat,maghfirah dan ‘itqu minannar.

Tetamu agung itu berkunjung lagi. Ahlan ya Ramadhan. Ramadhan menggamit kita, ramadhan melambai kita…… mari bersama menyemarakkannya. Jadikan seolah-olah Ramadhan ini sebagai ramadhan terakhir buat kita…… justeru rebutlah …dengan tawaran taqwa dari Allah. Kehadiran kekasih agung ini sangat dinantikan oleh para kekasih, ditunggu tibanya dengan penuh rindu ... sehari terasa bagaikan sebulan, tidak sabar-sabar rasanya untuk menanti tiba saat bahagia itu untuk dapat diluahkan segala keindahan, keberkatan dan kelebihan yang ada padanya, untuk dibuat persiapan “istimewa”, demi kasih dan cinta dapat dipadu,yang datang dengan ribuan keberkatan, rahmat dan maghfirah, yang menanti dan menunggu membalas dengan jiwa lahap, dahaga dan gelora mengharap taqwa.

Persiapan menanti ketibaan kekasih agung ini oleh kekasih agung Rasulullah saw bermula sejak awal bulan Rejab lagi sehinggalah ke akhir Sya‘ban apabila menjelang malam pertama Ramadhan, mereka bagaikan sepasang pengantin baru, tidak mensia-siakan walau sesaat waktu untuk memadu kasih meluah harapan rabbani dan kesetiaaan terhadap Rabbul Jalil sehingga diharap layak meraih Jannatul Firdaus. Terlalu semarak rasanya suasana keramat itu!!! Yang datang dan yang menanti tidak bertepuk sebelah tangan ... yang datang dan yang menanti bagaikan lagu dan irama, laksana asyik dan ma‘syuk, kedua-duanya saling setia dengan janji pertemuan penuh berkah dan rahmah. Mari kita meriahkan kedatangannya.

Dakaplah Ramadhan dengan bersungguh-sungguh…. Hiasilah ramadhan dengan wangian amal. Perbanyakkan wangian bunga mawar (Istighfar) dan kesturi (bacaan Al- Quran).Rasulullah ketika menjelang Ramadhan akan mengingatkan para sahabatnya. Antaranya baginda menyampaikan khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda:

“Sesungguhnya telah dating kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah memerintahkan kamu berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga, dikunci segala pintu neraka dan dibelengu segala syaitan. Di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak diberikan kepadanya kebajikan pada malam itu, bererti telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan”

Sumber: Risalah Ramadan keluaran 1.Bahagian Hal Ehwal Tarbiah, SRAIPP.

Aug 29, 2008

myminda mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan. Semoga amal ibadah dilipatgandakan di bulan ramadhan ini.

Jun 16, 2008

Guna BI ajar Sains, Matematik: UPSR 2008 jadi pengukur

KUALA LUMPUR 16 Jun – Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini akan menjadi penanda aras bagi Kementerian Pelajaran untuk menetapkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, kementerian sedang membuat kajian terperinci terhadap pelajar tahun enam yang mula menggunakan bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik sejak 2003 dan akan menduduki UPSR tahun ini.

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau kaedah penggunaan bahasa Inggeris bagi Sains dan Matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah di sini hari ini, beliau berkata, penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran itu bukan untuk mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris, sebaliknya diperlukan bagi menguasai konsep sains dan matematik dalam bahasa antarabangsa itu.

Ketika ditanya bantahan sesetengah pihak mengenai pendekatan itu, Razali berkata, ia bukan menidakkan taraf bahasa Melayu sebaliknya bagi memastikan anak-anak dapat bersaing hingga ke peringkat global.

Razali berkata, beliau turut berbangga dengan pencapaian pelajar di pusat matrikulasi di seluruh negara apabila 90 peratus daripada mereka mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan memilih untuk menjawab soalan dalam bahasa itu.

“Guru-guru yang mengajar mereka telah dilatih melalui program E-TEMS atau English for the Teaching of Mathematics and Science,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bidang Sains dan Matematik, SMK Pandan Indah, Datin Rohayah Abdul Rahman berkata, pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris bagi Sains dan Matematik menunjukkan kesan positif apabila 91.4 peratus pelajar lulus dalam mata pelajaran Sains semasa peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2006 berbanding 89.5 peratus lulus pada tahun sebelumnya ketika peperiksaan masih dijalankan dalam bahasa Melayu.

Untuk mata pelajaran Sains bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2007, sebanyak 92 peratus pelajar lulus berbanding 88.8 peratus pada tahun sebelumnya semasa peperiksaan masih dijalankan dalam bahasa Melayu, katanya.
– Bernama

May 13, 2008

PANDUAN MENINGKATKAN DAYA INGATAN


Adakah anda sering lupa? Kemungkinan kemampuan otak anda untuk mengingat sudah mulai menurun. Sebenarnya, lupa adalah proses permulaan mengingat sesuatu. Perlu anda ketahui, kemampuan daya ingat manusia umumnya terbahagi kepada tiga peringkat iaitu mengingat, merekam, dan mendapatkan kembali. Tapi, adakah daya ingatan boleh ditingkatkan ? Bagaimana caranya?
1. Sentiasa mengingati AllahYang paling penting ialah ingat Allah s.w.t. sentiasa dengan berzikir. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kepadaNYA.
2. Mengamalkan puasaAmalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda.
3. BerdoaBerdoalah kepada Allah s.w.t. agar anda diberikan kekuatan daya ingatan, hati yang tenang, dan minda yang cerdas.
4. Membaca dan menghafal Al-Quran Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
5. Relaksasi secara teraturSalah satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan ingatan adalah berusaha mengendorkan ketegangan seluruh otot tubuh sebelum mempelajari sesuatu yang baru. Mengikut kajian, relaksasi otot dapat mengurangkan kecemasan yang sering dirasakan seseorang ketika berusaha mempelajari hal baru.
6. Bersenam secara teraturSelain meningkatkan kekuatan fizikal, bersenam juga dapat membantu fungsi ingatan kita dengan menjamin bekalan oksigen dan darah ke otak. Bersenam juga menstimulus endorfin, iaitu neurotransmitter yang terkait dengan perasaan senang, yang dapat meningkatkan keceriaan dan menjadi pemicu untuk pembelajaran dan ingatan. Setengah jam melakukan senaman sebanyak tiga kali dalam seminggu cukup untuk membantu pada peningkatan kekuatan otak.
7. Menjaga kesihatanTentunya gangguan kesihatan dapat mengganggu ingatan. Sebuah penelitian menunjukan bahawa dalam tempoh 25 tahun, lelaki penderita hipertensi akan kehilangan kemampuan kognitif hingga dua kali ganda dibandingkan lelaki bertekanan darah normal. Penelitian juga menunjukkan bahwa pada usia 70-an, seseorang tidak akan mudah mengalami penurunan kemampuan kognitif jika mereka tetap aktif secara fizikalnya.
8. Cukup tidurKurang tidur dapat mengurangkan kemampuan seseorang untuk mengingat informasi yang kompleks. Penelitian di Universiti de Lille, Perancis, mengindikasikan bahawa otak memerlukan tidur untuk mempertahankan kemampuan mengingat informasi yang kompleks.
9. Tidur nyenyakTidur malam yang nyenyak, sangat baik untuk ingatan anda. Penelitian menunjukkan, orang yang terbangun ketika sedang bermimpi tidak mampu mengolah memori dari hari sebelumnya. Jadi, ia mudah lupa.
10. Istirahat cukupIstirahat yang cukup amat penting supaya otak berfungsi secara maksimum, otak memerlukankan istirahat untuk mengendapkan dan mengkonsolidasikan ingatan. Istirahat yang diperlukankan otak bervariasi, bergantung pada kerumitan dan kebaruan informasi, serta pengalaman orang yang bersangkutan. Cara yang baik adalah memberi waktu istirahat otak 3 hingga 10 minit setelah otak beraktiviti selama 10 hingga 50 minit.
11. Kembangkan sikap mental positifGantilah setiap sikap mental negatif atau kritik terhadap diri sendiri menjadi sikap yang positif, kerana hal itu akan menimbulkan rasa keyakinan diri yang berpengaruh positif terhadap daya ingat.
12. Mengawal tekanan Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
13. Elakkan kemurungan Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.
14. Gizi makanan seimbangPilih makanan yang rendah lemak dan rendah kalori, serta memperbanyak minum air putih. Air putih dapat membantu pencernaan dan pernafasan, meningkatkan kapasiti pembawaan oksigen dalam darah, serta mempertahankan kesihatan sel.
15. Berhati – hati dengan pengambilan vitamin atau makanan tambahan Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan
16. Awasi pengambilan ubat Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.
17. Fokus Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan. Fokuskanlah segenap perhatian terhadap hal-hal yang penting di dalam memori anda bila anda sedang beristirahat dan rileks. Kalau anda mencuba mengingat sesuatu pada saat anda sedang lelah, maka besar kemungkinan anda akan kecewa.
18. Alihkan diri andaBelajarlah berkonsentrasi di tengah-tengah kebisingan. Cubalah membaca buku dengan radio berbunyi nyaring. Cubalah menonton dua televisyen sekaligus. Kemudian cubalah mengingat apa yang anda baca, lihat dan dengar. Hal ini akan mengajar anda, bagaimana mengabaikan yang tidak penting dan langkah penting meningkatkan daya ingat anda.
19. Minat dan kepentingan Salah satu hal yang membuat kita memiliki daya ingat yang baik adalah adanya minat. Seorang setiasusaha yang mencintai pekerjaannya dapat mengingat puluhan nama dan nombor telefon orang-orang yang biasa dihubunginya. Otak memiliki mekanisme automatik untuk melupakan hal-hal kurang penting dan otak cuma mengingat hal-hal yang kita perhatikan secara khusus.
20. Libatkan emosiPeningkatan ingatan tentang suatu kejadian terkait erat dengan peningkatan emosi. Pengalaman yang melibatkan emosi akan lebih mudah diingat daripada pengalaman biasa.
21. Kembangkan ketajaman inderaCubalah praktikkan ketrampilan pengamatan dan belajar memperhatikan sesuatu dengan menggunakan seluruh indera kita terutamanya penglihatan dan pendengaran. Jika ingin mengingat sesuatu, berhentilah sejenak, perhatikan dan catat apa yang ingin kita lihat dan dengar.
22. Berbicara sendiriKita juga boleh berbicara sendiri tentang sesuatu yang kita rencanakan. Misalnya, "Saya harus membeli susu dalam perjalanan pulang nanti." Juga tentang sesuatu yang telah kita lakukan. Misalnya, "Saya telah mengunci pintu." Mungkin kedengarannya agak pelik, tapi terbukti sangat efektif. Di sini telinga kita menguatkan ingatan kita. Tapi ingat, mengucapkannya tidak perlu secara kuat supaya tidak menimbulkan pertanyaan di benak orang.
23. MencatatCatatlah hal-hal penting dalam aktiviti anda, kemudian camkan baik-baik. Menghafalkan sesuatu secara tertulis banyak membantu mengembalikan daya ingat anda.
24. Merinci maklumatRincilah menjadi beberapa unit dan sub kategori lebih kecil yang benar-benar dapat dilaksanakan sebelum mengingatnya. Untuk belajar menghafalkan nama-nama ibukota dari dua puluh negara, rincilah negara-negara itu menjadi lima kelompok yang masing-masing terdiri dari empat negara, atau enam kelompok yang terdiri dari tiga negara dari satu kelompok yang terdiri dari satu negara.
25. Menata fikiranMembentuk urutan informasi (mengelompokkan informasi) akan membuat sesuatu lebih mudah diingat. Ini juga akan mempermudah otak untuk mengingat kembali apa yang telah dipelajari dan diketahui.
26. MnemonicsUntuk mengingat daftar pendek nama atau barang yang akan dibeli, pilih huruf pertama setiap perkataan. Kalau Anda perlu membeli sikat, hanger, oren dan penyapu. Ingatlah SHOP.
27. Sistem rumusan atau kod Susunlah berbagai gagasan yang harus dipelajari di dalam suatu sistem rumusan atau kod untuk lebih mudah mengingatnya. Misalnya, cara belajar lima langkah yang disebut SQ3R yaitu Survey (penelitian), Question (pertanyaan), Read (membaca), Recite (mengulang-ulang) dan akhirnya Review (memeriksa).
28. Bayangkan dan kaitkanJika anda sulit mengingat nama, cubalah membayangkan. Kaitkan nama orang dengan suatu idea, simbol, orang, benda atau perbuatan, kemudian buat gambaran mental benda itu. Untuk mengingat nama Neil, misalnya, bayangkan orang yang sedang mengail. Pembentukan irama juga dapat memperkuat hubungan. Jika Larry memilki janggut, cubalah mengingatnya sebagai "Hairy Larry."
29. Peta mindaPeta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan unuk mendapatkan maklumat daripda ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Ada juga yang mengatakan bahawa penggunaan peta minda akan menambahkan perseimbangan otak kiri dan otak kanan kerana prta minda merangkumi semua aspek bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, deria, dan sebagainya dalam usaha keseluruhan.
30. Katakan berulang kali Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut. Bila kita membaca sesuatu, yang dapat kita ingat hanya sekitar 20%. Dengan mengulangi pembacaan keesokan harinya, lalu minggu berikutnya, sebagian besar informasi yang kita baca akan kita ingat.
31. Permainan Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.
32. Bermain dengan angka Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.
33. Latihan mentalPenelitian menunjukkan bahwa rangsangan mental dapat menjaga otak sehat danmeningkatkan kekuatan daya ingat. Orang yang memiliki daya ingat yang baik cenderung memiliki pelbagai keinginan dan dapat mengatasi tentangan latihan mental. Latihan mental dapat menggunakan teknik seperti puzzle, teka-teki dan minat pada bidang sosial dan budaya.
34. Tentanglah diri sendiriOtak memproduksi senyawa kimia neurotransmitter yang membawa maklumat antara sel yang terlibat dalam ingatan. Ketersediaan neurotransmitter ini akan meningkat apabila otak sering digunakan untuk menyelesaikan tentangan yang menuntut pemecahan masalah.
35. Banyak membaca Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.
36. Belajar sesuatu yang baru Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.
37. Belajar mengikut tahap waktu.Jalankan proses belajar dalam beberapa tahap waktu. Mulailah untuk setiap tahap baru dengan memeriksa apa yang telah anda ingat sebelumnya agar hal-hal itu dapat terbentuk lebih kuat di dalam memori.
38. Memanfaatkan waktu terluangManfaatkan waktu-waktu terluang, misalnya pada saat anda tengah menunggu bas, untuk mengingat-ingat sesuatu. Bawalah buku catatan kecil di dalam saku agar anda dapat merujuk kembali dengan lebih mudah dan cepat apa-apa yang perlu anda ingat.
39. Mendengar muzik klasikMenurut Dr. Frances Ranscher dan Dr. Gordon Show, peneliti dari Universiti California, AS, orang yang sering mendengarkan muzik klasik akan mengalami peningkatan kemampuan penalaran. Menurut penulis The Mozart Effect, Don Campbell, mendengarkan muzik klasik juga akan membantu ingatan dan pembelajaran.
Ihsan: SMAP Labu, N9

MAKANAN YANG BAIK UNTUK OTAK


Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. , kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat meningkatkan kekuatan otak dan sistem saraf kita. Banyak kajian yang menyatakan, pemilihan makanan yang tepat dapat meningkatkan kekuatan otak sehingga 50%.
Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -· Buah – buahan ( anggur hitam, kurma, buah delima, blue berry )· Sayur – sayuran ( lobak merah, halia )· Ulam – ulaman ( pegaga, daun sadri, kemangi )· Tumbuhan herba ( ginkgo biloba )· Bijirin dan kekacang ( badam, walnut, kacang soya, kacang a’das, biji labu, kismis, habbatus sauda )· Roti· Air ( air mineral, air zam zam, madu, susu, air soya, kopi )· Minyak ( minyak ikan, minyak zaitun, minyak rosemary, minyak sage )· Ikan tuna· Telur ayam · Daging ayam· Vitamin B ( Thiamine (B1), Niacin (B3), Pyridoxine (B6), Complex (B12) ) Apa yang penting, makanan tersebut mestilah halal, segar, baik, seimbang, tiada bahan pengawet, tiada perasa tiruan dan tiada pewarna tiruan.

Rotan cara terbaik didik akhlak murid


APABILA dimarahi guru atau dirotan, ada ibu bapa melenting dan sanggup berdepan dengan guru di sekolah. Bagaimana mereka hendak menjadi insan berilmu dan bermoral, jika hukuman begitu tidak dibolehkan?Zaman saya bersekolah dulu, ibu bapa memberi tanggungjawab mendidik ketika di sekolah kepada guru. Bapa saya turut berpesan supaya marah atau rotan saya jika perlu asal jangan sampai cedera.
Tapi lihatlah pelajar sekarang, pantang dimarah sedikit, ibu bapa mula merujuk kepada akhbar, membesarkan isu termasuk saman menyaman.Adakah ibu bapa sekarang hendak melihat anak mereka menjadi insan kurang ajar dan tidak bermoral? Kementerian Pelajaran hendaklah perhatikan perkara ini dengan bijak, janganlah pula menyimbah minyak pada api, kelak ditertawakan masyarakat dan masalah moral pelajar semakin menjadi-jadi.
Hidupkan budaya mendidik zaman dulu. Ramai anak bangsa yang berjaya baik pendidikan dan moral hasil didikan guru dulu. Saya sendiri ketika kecil pernah dimarah, dirotan, dicubit dan sebagainya, namun saya bersyukur bahawa hasil didikan disiplin dan dedikasi guru saya dulu menjadikan saya manusia berjaya hari ini.
KAMARIAH MD YUSOF,Kuala Lumpur.
Sumber: dunia pendidik

Ibu bapa pantang anak ‘dijentik'


KEBELAKANGAN ini kita sering mendengar ibu bapa mengadu kepada pihak media apabila anak mereka ‘dijentik’. Teringat saya pada zaman persekolahan pada 1980-an dulu. Saya adalah di antara pelajar mempunyai masalah disiplin di sekolah.Saya sering mengugut pelajar perempuan lain sehinggalah satu hari saya mencederakan salah seorang daripada mereka tanpa sengaja. Saya dihukum berdiri di hadapan perhimpunan sambil dimarahi dan dirotan pengetua.
Sekiranya kejadian ini berlaku pada hari ini, sudah pasti ramai ibu bapa akan melenting dan bertindak menyaman mahupun mengadu kepada media agar diperbesarkan isu terbabit. Tetapi pada saya, hari ketika saya dirotan itulah menjadi titik tolak perubahan dalam hidup sehingga hari ini saya mampu menjawat jawatan ‘kukuh’ dan melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah doktor falsafah (Phd). Hari insiden itulah menjadikan saya individu lebih tabah, tegas, berdisiplin dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu.
Saya amat berterima kasih kepada pengetua dan guru yang sering memarahi serta menegur tingkah laku ketika persekolahan dulu. Seandainya saya tidak dirotan pada hari itu, mungkin perkara sebaliknya akan terjadi kepada saya pada hari ini. Dengan latar belakang keluarga yang agak kucar-kacir dan tidak menghiraukan pendidikan anak tetapi dengan izin Allah dan usaha gurulah, saya mencapai kejayaan pada hari ini. Sedih apabila hari ini ramai ibu bapa tidak mempercayai guru malah tidak boleh langsung ‘menyentuh’ anak mereka.
Pada hal, kebanyakan guru hari ini mempunyai kelayakan tinggi serta mendapat latihan cukup sebelum bergelar guru. Sudahlah dibebani tugas yang semakin berat, menghadapi pelajar semakin tidak berdisiplin, ditambah pula dengan sikap ibu bapa hari ini terlalu memenangkan anak. Ditambah pula dengan sogokan filem remaja luar mendorong isu kebejatan moral itu. Guru juga insan biasa yang mempunyai masalah peribadi dan saya percaya masih ramai guru yang profesional di sekolah dengan tidak membawa masalah peribadi ke sekolah.
Tidak dinafikan memang sesetengah tindakan guru agak melampau dan itu memang patut diadukan kepada pihak tertentu. Selagi tindakan guru itu tidak melampaui batas, serahkan kepada guru untuk mendidik anak kita. Jangan terlalu manjakan anak. Pada saya, itu menjadi senjata kepada anak untuk menakutkan guru daripada mengambil tindakan terhadap mereka.VIE, Shah Alam.

Laporan Khas: Kuasa guru dikembalikan

Kementerian mahu rombak garis panduan, mudahkan tangani disiplin pelajar
Oleh Azrul Affandi Sobry

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran mengkaji kemungkinan mengembalikan kuasa guru dalam mendisiplinkan pelajar, termasuk merotan di khalayak ramai, bagi memastikan pendidik dapat menjalankan tanggungjawab itu dengan lebih tegas dan berkesan.Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata garis panduan sedia ada perlu dikaji semula supaya masalah sosial di kalangan pelajar dapat dikawal dengan kaedah pendisiplinan yang tidak terlalu terikat dengan pelbagai peraturan.“Kita perlu lihat sama ada membenarkan tindakan yang tidak keterlaluan oleh guru dalam proses mendidik pelajar. Ini perlu kerana kadang kala guru sebagai manusia bertindak sedikit keras apabila berdepan dengan pelanggaran peraturan yang berlaku di depan mata,” katanya kepada Berita Harian.
Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar (gambar), berkata kementerian dalam proses meminda Peraturan-Peraturan Disiplin (Pelajar) 1957 bagi mengemas kini peraturan dan tindakan yang boleh diambil guru terhadap pelajar bermasalah.Beliau berkata, akta berusia 50 tahun itu terlalu umum sehingga mengeliru dan menyukarkan pentadbiran sekolah melaksanakan hukuman terhadap pelajar.Alimuddin berkata, peraturan terlalu ketat mengongkong guru dan secara langsung membataskan tugas pendidik untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa pelajar selama mereka di sekolah.
Malah, guru sukar menegur kesalahan pelajar di luar kawasan sekolah kerana tiada peraturan membenarkan berbuat demikian.“Lebih mengecewakan apabila ibu bapa sering mengambil pendekatan salah dengan beranggapan anak mereka tidak bersalah dalam apa saja keadaan walaupun selepas diberi penerangan oleh pentadbir sekolah.“Ibu bapa sepatutnya faham bahawa apa saja tindakan guru adalah bertujuan mendidik dan kebiasaannya hukuman yang diambil adalah pilihan terakhir selepas pelbagai amaran diberikan.“Rasanya lebih baik guru menghukum pelajar daripada langsung tidak mengambil tahu apa berlaku kepada muridnya. Kesudahannya, murid itu juga yang rugi,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Penasihat Kluster Kecemerlangan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, mencadangkan supaya sekolah kluster menjadi perintis pelaksanaan peraturan disiplin yang lebih tegas dan membabitkan lebih ramai guru.“Jika ada ibu bapa yang tidak suka anak mereka ‘disentuh’, jangan hantar anak mereka ke sekolah kluster kerana di situ anak mereka akan menerima didikan secara seimbang dan menyeluruh,” katanya

NUTP: Jangan takut hukum pelajar

Oleh AZMAN IBRAHIM
KUALA LUMPUR 24 Julai – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili 350,000 guru di negara ini mengingatkan guru-guru supaya jangan takut menghukum pelajar yang melanggar disiplin kerana nilai moral generasi muda sekarang berada pada tahap yang membimbangkan.Presiden NUTP, Anuar Ibrahim berkata, dalam keadaan ibu bapa sekarang, terutama kalangan profesional, semakin cerewet dan bersifat melindungi anak- anak, golongan guru perlu bersikap lebih berani atas prinsip ‘berani kerana benar’.Beliau mengkritik sesetengah ibu bapa yang bersikap terlampau melindungi anak-anak sehinggakan apabila anak mereka dirotan atas kesalahan disiplin, mereka akan mengambil tindakan mahkamah atau menyerang guru.‘‘Kita tidak lagi dapat melihat budi bahasa pelajar yang dulunya mempelawa untuk menghantar buku dan beg guru ke kereta.‘‘Apa yang berlaku sekarang ialah ada pelajar berani mengherdik guru dan mengugut ibu bapa mereka akan menyaman guru,” kata Anuar di sini hari ini ketika mengulas laporan media mengenai tindakan guru-guru dalam mendisiplinkan para pelajar mereka.
Pada masa ini, katanya, ada di kalangan pelajar berkenaan mencalarkan kereta atau memancitkan tayar kereta guru jika mereka diapa-apa kan.Baru-baru ini, guru besar Sekolah Kebangsaan Gayang, Tuaran, Sabah digantung kerja selama dua bulan kerana didakwa menampar 22 pelajar tahun empat dari sekolah berkenaan kerana tidak menyiapkan kerja sekolah pada 19 Julai lalu.Di Alor Star, Kedah, seorang guru perempuan didakwa memukul seorang murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah dengan menggunakan pembersih habuk plastik bertangkai besi kerana murid tersebut tidak membersihkan kelas pada waktu rehat seperti yang ditetapkan dalam jadual tugasan harian.
Di Miri, Sarawak pula, seorang guru wanita mendisiplinkan para pelajarnya yang membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas dengan merendam mereka beramai-ramai di dalam kolam.Menurut Anuar, para pelajar sekarang terlalu bebas, berfikiran terbuka dan terdedah dengan gejala-gejala negatif yang mudah diperoleh melalui media massa terutama Internet.“Mereka juga terdedah kepada perubahan urbanisasi,” katanya.Bagi memberi keadilan kepada guru-guru, beliau mencadangkan Kementerian Pelajaran menubuhkan sebuah jawatankuasa penilai disiplin untuk memberi peluang kepada guru-guru membela diri.
“Setakat ini kebajikan guru tidak terbela. Banyak kesalahan kecil diberi hukuman yang terlalu drastik sehingga menjejaskan maruah dan imej seorang guru.‘‘Jawatankuasa itu nanti perlu dianggotai oleh golongan profesional yang tidak mempunyai kepentingan atau bersikap berat sebelah,” kata Anuar.

Ibu bapa mudah salah tafsir ketegasan guru

Pendapat
DALAM kita melaungkan isu penderaan murid dan isu hak asasi mereka dengan menuding jari atas kesalahan yang dilakukan oleh guru, maka sebenarnya kita membunuh komitmen guru yang cukup komited untuk melahirkan anak bangsa yang berdisiplin dan berketerampilan sebagai aset masa depan negara.Melihat yang tersurat lebih mudah daripada mentafsir apa yang tersirat.Apabila kita menggunakan perkataan ‘dera’ ke atas setiap tindakan yang dilakukan oleh guru yang sebenarnya mempunyai niat ikhlas untuk mendidik dan membina tingkah laku pelajar, maka tanggapan itu hampir sama dengan gelaran ‘pengganas’ yang dilemparkan oleh media Barat tanpa pengadilan yang sewajarnya.
Guru sebenarnya boleh berdiam diri tanpa mengambil apa-apa tindakan dan melihat sahaja semua tingkah laku negatif yang dilakukan oleh murid atau pelajar tanpa merugikan mereka. Persoalannya, inikah yang diinginkan oleh masyarakat atau golongan tertentu yang kononnya begitu terpelajar tetapi cepat melatah dan lantang menyuarakan ketidakpuasan mereka.Apa yang peliknya, tidak ada yang sanggup meninggalkan kerusi empuk dan bilik berhawa dingin atau jawatan yang gah untuk turun ke sekolah dan merasai menjadi guru ‘biasa’ dengan membawa bersama teori atau segala ilmu yang dipelajari, cadangan dan pandangan untuk diaplikasikan. Tetapi mereka hanya lebih riak melontarkan komentar murahan yang belum tentu boleh diguna pakai walaupun bertahun-tahun berguru di luar negara.
Sama ada anda pensyarah sebuah universiti terkemuka atau tokoh korporat yang menerajui syarikat bertaraf dunia, kadangkala kita harus sedar bahawa ruang dan bidang tugas kita adalah berbeza. Dalam dunia pendidikan, guru adalah mereka yang profesional dan bertindak berdasarkan situasi, pengalaman dan akal budi yang jelas dan waras.Sebagai ibu bapa yang juga mempunyai anak di sekolah rendah dan menengah, saya tidak melihat tindakan merendam 200 orang pelajar oleh seorang warden di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawang Assan sebagai satu bentuk deraan atau tindakan yang terlalu emosional jika perkara itu melibatkan anak saya sendiri. Ia adalah satu bentuk pengajaran yang hanya disalahtafsirkan bagi mereka yang melihat hanya sebelah mata dan ditambah dengan liputan meluas media massa. Jika satu kesalahan kecil yang sama tidak terus diperbetulkan, adakah kita perlu menunggu sehingga masalah tersebut menjadi kritikal? Seandainya kita berpendapat sekolah kerajaan adalah sebuah institusi penderaan dan guru-guru sudah tidak rasional lagi, pada hemat saya adalah lebih baik mereka yang berpandangan sebegini menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah swasta atau di luar negara yang kononnya lebih menarik dan kondusif.
Saya sendiri yang pernah menuntut dan bekerja di luar negara tidak melihat cerun perbezaan yang ketara antara sistem pendidikan di negara kita dan luar negara. Di negara Barat atas nama hak asasi ibu bapa pun boleh diheret ke mahkamah atau dipenjara oleh anak mereka sendiri. Masalah disiplin di sekolah-sekolah tetap juga berlaku bahkan lebih keterlaluan walaupun mereka mempunyai pakar psikologi yang terhebat. Budaya tersebut akhirnya menular dan bertapak ke negara kita. Kesannya lahirlah pelbagai gejala sosial yang masih lagi tiada jalan penyelesaian walaupun negara kita juga mempunyai begitu ramai ahli psikologi atau mereka yang terpelajar. Seandainya di sekolah murid atau pelajar langsung tidak boleh disentuh, bayangkanlah apakah bentuk generasi yang bakal kita lahirkan nanti. Saya cukup bersyukur dan berterima kasih kepada semua warga pendidik yang bergelar ‘guru’ kerana jasa dan didikan merekalah saya menjadi warga yang terpelajar, berdisiplin dan berjaya. Sesungguhnya anda orang yang paling komited dengan kerjaya yang mencabar.–
NOZIE MASLAN, Melaka.

Disiplin pelajar cabar kesabaran guru

Rencana Pengarang
KASIHAN juga membaca kisah 200 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan dekat Sibu, Sarawak direndam dalam kolam kotor oleh warden asrama mereka. Selain kes itu, terdapat tiga lagi kes guru yang mengenakan hukuman keras terhadap pelajar sepanjang minggu lalu atas pelbagai kesalahan.Mujurlah Kementerian Pelajaran tidak melatah dalam menangani isu-isu tersebut apabila mengambil langkah menyiasat terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya diambil. Langkah kementerian itu sememangnya wajar kerana setiap kes yang berlaku perlu diselidik dahulu latar belakangnya supaya tindakan yang diambil nanti tepat dan adil kepada semua pihak.
Siasatan juga boleh memberi peluang kepada guru membela diri mereka dan seterusnya mengelak guru daripada hilang semangat untuk menjalankan tugas yang diamanahkan. Bagaimanapun, kita tidak sewajarnya sekadar menunggu tindakan kementerian dan menunggu kes seperti itu berlaku lagi dan berharap kementerian akan menyelesaikannya.Jika dilihat, semua kes tersebut berpunca daripada satu sebab iaitu kurang disiplin di kalangan pelajar, sedangkan sekolah adalah tempat untuk membentuk disiplin.Masalah disiplin pelajar bukan perkara baru tetapi perubahan zaman menyaksikan masalah disiplin turut berubah. Pelajar hari ini seakan-akan tidak takut dan hormat lagi kepada guru.
Ramai guru mengakui sukar untuk menangani masalah disiplin pelajar hari ini. Malah ada guru yang fobia untuk mengambil tindakan kerana jika mereka mengenakan hukuman tegas, ibu bapa akan mengambil tindakan terhadap mereka.Akibatnya, guru menjadi serba salah – tidak ditegur dan dihukum mungkin akan menyebabkan pelajar itu semakin berani melawan guru dan rosak disiplinnya. Tetapi jika dihukum, guru pula yang kena ‘menjawab’ kepada banyak pihak.Dalam hal ini, ibu bapa harus memahami bahawa disiplin adalah asas kepada pembentukan modal insan dan mereka harus bersedia menyerahkan kepada guru untuk mendidik dan mendisiplinkan anak-anak mereka.
Selagi hukuman tidak mendatangkan kecederaan kepada anak mereka, biarkan sahaja dan cuba kenang kembali bentuk hukuman semasa mereka bersekolah dahulu.Seperkara lagi, tidak mungkin guru mengenakan hukuman jika pelajar tidak melakukan kesalahan. Kita sukar hendak percaya guru mengenakan hukuman berat jika pelajar itu baru sekali melakukan kesalahan.Mengambil contoh kes SMK Bawang Assan, guru mana yang boleh bersabar jika nasihat dan amaran yang diberikan sejak tiga tahun lalu tidak diendahkan. Dalam kes yang sama, siapa yang harus dihukum apabila tiada orang yang mengaku melakukan kesalahan yang boleh menyusahkan pihak sekolah dan pelajar lain itu.

Tiga menteri Kabinet mahu guru tidak putus asa

KUALA LUMPUR 24 Julai – “Kami dulu terdiri daripada anak murid yang kena cubit, kena piuh telinga, kena rotan di tapak tangan dan kena pelbagai disiplin tetapi ibu bapa hormat tindakan itu bagi melahirkan masyarakat berdisiplin,’’ kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.


Beliau mencadangkan kaedah hukuman jenis itu wajar ‘dilihat balik’ dalam usaha mendisiplinkan pelajar. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata, masih terdapat sebilangan besar anggota masyarakat yang mengiktiraf sumbangan dan pengorbanan guru.Justeru, katanya, guru perlu tabah dan tidak mudah berputus asas dalam menjalankan amanah mereka.‘‘Saya nak ingatkan kepada guru yang lain, jangan perkara-perkara yang ditimbulkan sejak kebelakangan ini meluntur dan melemahkan semangat mereka,’’ katanya. Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin pula berkata, tindakan tegas para guru sering kali disalahertikan oleh segelintir pihak sedangkan kaedah pengajaran yang tegas telah terbukti melahirkan generasi yang berdisiplin.

Beliau berkata, apa yang cuba dibuat oleh warden asrama sebuah sekolah di Sarawak baru-baru ini mungkin satu pengajaran kepada kumpulan pelajar itu supaya tidak mengulangi kesalahan mereka.“Kita tak dapat nafikan ada guru yang berniat baik. Kita tidak nafikan guru di Sarawak itu mempunyai niat baik kerana masalah yang dihadapi telah berpanjangan dan bukan baru.“Malah dari segi agama pun kadang-kadang Tuhan turunkan bala untuk memberi peringatan dan pengajaran. Apa yang guru ini buat ialah supaya setiap murid bersama berkongsi perbuatan salah dan mencegah orang lain daripada membuat perkara sama,” katanya.

Ketiga-tiga menteri itu ditemui selepas pertandingan akhir Kuiz Perdana Khas Kemerdekaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini hari ini.Menurut mereka, para guru tidak seharusnya mudah berputus asa dengan kritikan negatif yang dilemparkan terhadap profesion itu dalam media sejak akhir-akhir ini dan mereka perlu bersikap profesional menangani isu berkaitan dengan cara guru menangani masalah disiplin pelajar.

Mereka meminta masyarakat supaya tidak menghukum terlalu cepat guru yang dianggap bersikap keterlaluan dalam menangani disiplin a pelajar kerana terdapat guru yang betul-betul komited dalam menjalankan tugas mereka untuk mendidik anak bangsa menjadi insan berguna.Menteri-menteri itu juga mahukan para guru bersikap terbuka dan menjadikan laporan media itu sebagai suatu iktibar.Media sejak akhir-akhir ini menyiarkan laporan mengenai tindakan yang dianggap keterlaluan oleh guru ketika menghukum pelajar yang melanggar disiplin.Terbaru adalah kes seorang guru yang juga warden asrama sebuah sekolah di Sarawak yang bertindak merendam 200 pelajar perempuan di dalam kolam ekoran kesalahan mereka membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas sungguhpun telah ditegur berkali-kali.Hishammuddin turut mengingatkan para guru supaya berhemah dalam tindakan mereka menghukum pelajar supaya ia tidak disalahertikan dan menyebabkan guru lain berasa bersalah.

Sementara itu, Rais berkata, pendekatan untuk mendidik pelajar memerlukan penggabungan pendekatan lembut, pendekatan tegas dan tindakan disiplin.Bagaimanapun, beliau berkata, tindakan disiplin itu boleh diperhalusi supaya ia sesuai dengan tuntutan zaman tanpa mengurangkan nilai pengajaran terhadap murid-murid yang terlibat.

May 12, 2008

VIDEO KAMI MUSLIM IMPIAN 07

KAMI MUSLIM IMPIAN (KAMI O7)


Satu lagi Program kerjasama Bahagian Hal Ehwal Tarbiah dan Bahagian Hal Ehwal Akademik Sekolah Rendah Al-Islah, Pulau Pinang.

Video Selingan

May 11, 2008

CEMERLANG ANAK, CEMERLANG IBU BAPA


Kecemerlangan hari ini biasanya ditakrifkan dengan pencapaian hebat dalam peperiksaan. Orientasi akademik yang lebih menjurus kepada peperiksaan telah menjadikan pelajar yang cerdik tetapi rendah nilai akhlak Islamnya. Justeru kecemerlangan itu haruslah disedari oleh ibu bapa sebagai seorang anak yang berjaya dalam bidang akademik dan pada waktu yang sama mempunyai syakhsiah yang terpuji.

Cabaran dunia hari ini mengajak kita berfikir semula untuk menilai siapakah sebenarnya yang benar-benar cemerlang itu. Apakah dengan berjaya mencapai keunggulan dalam akademik, tetapi nilai agama dikesampingkan? Atau apakah dengan mempunyai budi perkerti yang baik, akhlak Islam yang murni tetapi kurang berjaya dalam lapangan ilmu? Kita tidak mahu kedua-duanya, kedudukan yang terbaik adalah mempunyai kelebihan dalam kedua-duanya, baik dan cemerlang dalam akademik juga syakhsiahnya.Kalau kita lihat dan perhatikan, ibu bapa hari ini lebih resah dan gelisah sekiranya anak-anak tidak dihantar ke kelas tuisyen. Jarang kita mendengar ibu bapa menjadi susah hati sekiranya tidak dapat menghantar anak-anak untuk belajar al-Quran. Jarang kita mendengar ibu bapa menjadi risau jika anak-anak tidak pandai solat. Kita sering mendengar "Alaa...dia masih kecil lagi. Nanti bila besar tahulah dia untuk solat". Perkara ini harus disedari oleh ibu bapa agar anak-anak yang mewarisi kita menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.Berbalik kepada persoalan 'Kecemerlangan Pelajar dan Peranan Ibu Bapa', kecemerlangan seorang anak semestinya bermula dari rumah. Suasana yang harmoni di rumah akan mempengaruhi jiwa dan mental anak-anak. Sebab itu kita lihat kebanyakan kes juvana yang berlaku berpunca daripada kepincangan institusi kekeluargaan. Ibu bapa bergaduh di hadapan anak-anak, ibu bapa mengabaikan tuntutan agama dalam kehidupan, ibu bapa sibuk mengejar kerjaya sehingga mengabaikan perhatian kepada anak-anak dan sebagainya. 80% daripada kes juvana yang berlaku disebabkan runtuhnya sistem dalam institusi kekeluargaan Islam.

Sebagai ibu bapa kita mesti faham bahawa anak-anak yang masih mentah dan tidak matang mudah dipengaruhi oleh anasir buruk. Sekiranya ibu bapa tidak memberi perhatian kepadanya, mengabaikan asuhan dan didikan agama, maka sudah pasti anak-anak mudah terjebak dalam arus kerosakan. Kita tidak nafikan, ada juga kes pendidikan agama yang secukupnya telah diberi namun anak yang membesar akhirnya menjadi rosak. Hal ini bukanlah alasan untuk kita tidak menjalankan usaha mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berguna.Sebelum kita pergi jauh, saya ingin memecahkan sedikit mentaliti ibu bapa hari ini. Kadang-kadang ibu bapa amat pesimis, terlalu rasa rendah diri dan tidak berani untuk menjadi pendorong kepada anak-anak. Jarang sekali di kalangan ibu bapa yang menemani anak-anak ketika melakukan kerja rumahnya kerana bimbang akan ditanya oleh anak-anak soalan yang tidak difahaminya. Lebih-lebih lagi apabila mata pelajaran Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris. Perkara ini sebenarnya suatu kesilapan yang tidak disengajakan.

Aspek psikologi anak-anak sebenarnya akan berkembang dan digerakkan apabila anak-anak merasakan kasih sayang yang dicurahkan melalui perhatian daripada ibu bapa. Buatlah apa sahaja di samping anak-anak yang sedang melakukan kerja rumahnya atau mengulangkaji pelajarannya. Sekurang-kurangnya apabila kita menemani mereka belajar, mereka rasa bertuah kerana kita mengambil berat tentang perkembangan pelajaran mereka. Selain itu, setiap kali pulang dari sekolah, kita jarang juga bertanya kepada anak-anak apakah yang dipelajari hari ini, berapa markah ujian yang diperoleh, bila peperiksaan, ada kelas tambahan atau tidak? Ruang yang paling baik untuk membincangkan perkara ini dalam suasana yang biasa dan santai iaitu ketika makan tengah hari atau makan malam.

Perkara yang hendak ditekankan di sini ialah tugas bapa bukan sekadar menyediakan wang untuk membeli peralatan pembelajaran anak-anak semata-mata.Artikel ini adalah sebahagian daripada kertas kerja yang disediakan dalam Seminar Penasihatan kekeluargaan Bestari 2, 2005.“Alangkah bertuahnya anak-anak, rasa dihargai dan disayangi sekiranya ibunya memuji tulisannya yang cantik. Biar pun kita tidak pandai untuk mengajar mereka untuk menyelesaikan masalah pelajaran.” – Ust. Ellias Hj. Zakaria (Ceramah Motivasi untuk Ibu bapa: Sibuk, di mana tanggungjawab ibu bapa? – 17 Dis 2005)

TARBIAH MELAHIRKAN GENERASI RABBANI


Tarbiah Islamiah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.
Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da'i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf.
Semua ini adalah peribadi yang lahir hasil daripada tarbiyah imaniyah yang berjalan di dalam madrasah Rasulullah SAW. Didikan Rasulullah SAW bukan untuk melahirkan ahli falsafah atau kumpulan sufi yang asyik dengan riadah ruhiyah semata-mata tanpa menghiraukan tipudaya musuh yang ingin menghancurkan Islam. Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang ingin mengasingkan diri untuk beribadah dan meninggalkan jihad. Kata Rasulullah SAW kepada lelaki itu;
"Jangan kamu lakukan demikian. Sesungguhnya tegak seseorang kamu di jalan Allah (berjihad) adalah lebih utama daripada ia sembahyang di rumahnya selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka Allah mengamponkan kamu serta memasukkan kamu ke dalam syurga? Berjihadlah pada jalan Allah. Sesiapa yang berperang pada jalan Allah di atas belakang unta , maka wajiblah baginya syurga" (Hadis riwayat At-Tarmizi).
Hasan al-Banna pernah menyebutkan:
'Jihad adalab fardu yang berjalan terus sampai hari kiamat."
Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa mati padahal dia tidak berjihad dan tidak pernah berniat berjihad, maka matinya seperti mati jahiliyah.'
Serendah-rendah tingkat iihad itu ialah dengan cara membantah di dalam hati, dan setinggi-tingginya ialah perang fi sabilillah kerana kebenaran. Di antara kedua-dua tingkatan itu terdapat cara-cara jihad yang lain seperti berjihad dengan lidah, berjihad dengan pena, berjihad dengan tangan dan bejihad dengan cara berani bercakap benar di hadapan raja yang zalim. Semua sifat dan tingkatan jihad tersebut akan lahir melalui proses Tarbiyah lmaniyah, lnsyaallah.
Proses Tarbiyah mesti berterusan
Proses Tarbiyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim. Menurut Al Syekh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat. Rasuluilah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).'
lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita.
"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.'
(HR Al Hakim dan At Tabrani)
Faktor kejayaan Tarbiyah lslamiyah
Dr. Yusuf AI Qardhawi dalam bukunya, telah menjelaskan bahawa di sana ada beberapa faktor yang membantu menjayakan Tarbiyah lslamiyah, antaranya :
1. Keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal dan seterusnya mencapai kejayaan. Melalui tarbiyahlah Rasulullah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi. Jalan Tarbiyah adalah jalan yang jauh, jalan yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap. Sedikit sekali yang mampu mengharungi jalan ini, tapi ianya satu-satunya jalan untuk sampai kepada kejayaan.
ii. Hanya Tarbiyah Islam yang mempunyai manhaj dan matlamat, lengkap dalam semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses don perancangannya.
iii. Tarbiyah lslamiyah mampu mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni. Suasana ini membantu setiap anggota masyrakat hidup secara Islam. Masyarakat dididik tentang cara memberi tunjuk ajar, cara bersimpati, memberi pertolongan dan sebagainya. Setiap anggota merasa sedikit dengan dirinya dan merasa banyak dengan sahabat. Dia merasa lemah bila bersendirian dan merasa kuat dengan berjemaah.
iv. Adanya pemimpin yang bersifat pendidik dengan fitrah yang Allah anugerahkan kepadanya. Pengetahuan dan pengalamannya menjadikan Tarbiyahnya lahir daripada hati sanubari yang bersih dan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Setiap perkataan yang keluar dari hati akan masuk ke hati-hati yang lain tanpa sekatan. Perkataan yang hanya lahir dari lidah semata-mata tidak akan mampu melewati telinga pun. Perpatah ada menyatakan: "Orang yang kehilangan sesuatu benda nescaya ia tidak akan dapat memberikannya."
v. Mempunyai pendidik-pendidik yang ikhlas, berwibawa dan beramanah mengikut jalan pemimpin agong Muhammad SAW. Tidaklah dimaksudkan pendidik di sini mereka yang keluar dari pusal-pusat pengajian tinggi dalam bidang tarbiyah atau pendidikan, dengan ijazah masters atau PhD. Yang dimaksud dengan pendidik di sini ialah mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi, kerohanian yang kuat, jiwa yang bersih, kemahuan yang kental, simpati yang luas dan kewibawaan yang memberi kesan kepada orang lain. Dia mungkin seorang jurutera atau seorang pegawai biasa atau seorang peniaga atau seorang buruh yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip atau sistem pendidikan.
vi. Menggunakan berbagai-bagai wasilah seperti kegiatan-kegiatan di dalam halaqat, usrah-usrah, dan katibah-katibah yang dijuruskan ke arah matlamat pembangunan insan muslim yang soleh dan sempurna.
PENUTUP
Menjadikan Islam sebagai satu alternatif penyelesaian kepada masalah umat manusia mestilah lahir daripada keyakinan yang berteraskan keimanan, bukan disebabkan kegagalan sistem sistem lain. Islam hanya boleh memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah manusia apabila ianya diambil secara syumul dalam bentuk konkrit. Oleh itu setiap pekerja (amilin) Islam mestilah dibentuk dan diproses berteraskan aqidah tauhid yang bersumberkan daripada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Islam tidak akan dapat dibangunkan tanpa rijal (pahlawan). Rijal tidak dilahirkan tanpa melalui proses Tarbiyah. Dan Tarbiyah tidak akan memberi sebarang kesan tanpa penglibatan dan penghayatan yang bersungguh-sungguh daripada setiap individu. Adalah menjadi harapan dan keyakinan setiap muslim bahawa masa depan adalah milik Islam.

Usrah dan Kepentingannya.

USRAH DAN KEPENTINGANNYA DALAM TARBIAH ISLAMIAH


MUQADDIMAH

Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”
(Al-Kahf : 13 – 14)

Golongan muda (syabab) adalah merupakan asset penting dalam memastikan kesinambungan gerakerja Islam. Sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam telah membuktikan bahawa golongan ini memainkan peranan penting dalam memastikan tertegaknya panji Allah s.w.t. di atas muka bumi ini.

Ayat di atas telah meletakkan syarat dan asas untuk memastikan golongan ini berjuang dan bersandarkan kepada panduan inilah kita mengambil sikap untuk menjadi golongan syabab li inqaz al ummah (pemuda yang berperanan untuk mengangkat darjat ummah).

Golongan yang ingin menegakkan panji Allah s.w.t. ini perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. agar pertolongan Allah s.w.t. dan kemenangan daripadaNya menjadi milik pejuang Islam.

Antara syarat-syarat tersebut ialah:

Syarat Pertama
Syarat pertama yang disebut dalam ayat ini adalah iman yang kental dan hanyalah dengan iman yang sebegini kita akan dapat menjalankan tugas dakwah yang begitu banyak tanggungjawabnya ke atas kita tetapi begitu sedikit pula kemampuan yang kita miliki. Ciri iman yang perlu kita miliki adalah iman yang ditasdiqkan (dibenarkan) bukan sahaja pada hati dan jiwa kita tetapi iman yang dicernakan dalam bentuk amalan sehingga golongan pemuda tadi menjadi contoh dan tauladan ibarat al-Quran dan al-Sunnah yang berjalan di atas muka bumi.

Syarat Kedua
Syarat kedua adalah al-huda (petunjuk dari Allah s.w.t.). Tugas dakwah adalah tugas untuk memindahkan panduan dan arahan al-Quran ke alam waqi’ie (reality) dan ianya berhajat kepada pentafsiran dan penjelasan permasalahan semasa ummah dengan petunjuk dan hidayah yang digagaskan oleh Islam. Islam tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk abstrak mahupun khayalan. Dengan demikian hanyalah dengan al-Huda dari Allah s.w.t. kita akan dapat menjawab segala persoalan yang dihadapi samada pada peringkat fardi (individu) mahupun jama’i (jamaah) ataupun dauli (antarabangsa).


Syarat Ketiga
Syarat yang ketiga adalah pertautan hati yang antara lain bermaksud untuk memerintahkan kita berjuang dan bergerak sebagai jamaah dan perhimpunan yang hati kita ini ditaut dengan ikatan iman, Islam dn ukhuwwah yang tidak mengenal sebarang perbezaan melainkan taqwa kepada Allah s.w.t. Ikatan ini adalah ikatan yang simpulannya tidak boleh terungkai dengan permasalahan dan perbezaan furu’ tetapi yang sentiasa diarahkan oleh panduan Al-Quran dan Al-Sunnah.


Syarat Keempat
Syarat keempat yang dinyatakan di dalam ayat di atas adalah konsep haraki (gerakan) apabila Allah s.w.t. menyebut ‘ketika mana mereka berdiri’. Islam bukanlah merupakan al-din untuk golongan al-mutafajirin (golongan yang hanya melihat) ataupun al-mutaqa’idin )golongan yang berpeluk tubuh) tetapi ianya bersifat haraki yang dinamik lagi produktif untuk sentiasa melahirkan suatu natijah dan tidak bersifat jumud (beku).


Ini tidaklah bermakna kita mengharapkan kepada natijah yang cepat tetapi ianya adalah merupakan satu rangsangan daya juang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.
Seterusnya ayat ini diakhiri dengan ikrar yang mengikat kuat hati pemuda-pemuda tadi kepada Allah s.w.t. dengan syahadah bahawa sesungguhnya Tuhan kami adalah Allah yang mencipta dan memiliki langit dan bumi, dan kami sesungguhnya berikrar bahawa Dialah sahaja yang wajib disembah dna ditaati perintahnya dan kami dengan syahadah ini membebaskan diri kami dari sebarang kompromi dan ikatan dengan sesuatu yang tidak bersifat rabbani.
Ikrar ini adalah sebagai janji setia kita dengan Allah yang bersifat aqad (ikatan) yang tidak boleh diingkari apatah lagi kalau diputuskan.


Keseluruhan tuntutan di atas adalah merupakan tugas yang dipikul oleh golongan pemuda.
Tanggungjawab berat yng dipikul dalam era al-Shahwah al-Islamiyah (kebangkitan Islam) ini memerlukan kepada golongan syabab tadi melalui satu proses yang dikenali sebagai tajnid yang membawa erti memperkemaskan pemuda tadi ibarat satu kumpulan junud (tentera).
Proses ini adalah proses memupuk kefahaman yang jelas, tanzim (penyusunan) yang rapi dan amal yang mutawasil (berterusan) yang dibuat dalam bentuk tanzim ‘amal jama’i(penyusunan gerak kerja secara berjamaah).


KONSEP 'AMAL JAMA'I DALAM GERAKAN ISLAM


‘Amal jama’i adalah merupakan satu tuntutan harakah yang panduannya disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud:


“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”
(Al-Saff: 4)

Di dalam hadith, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yamani r.a. katanya:
“Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikut selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasullullah menjawab denga bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jamaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jamaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.”

Saidina Umar al-Khattab juga ada menyebut yang bermaksud:

“Tidak wujud Islam tanpa jamaah dan jamaah pula tidak akan wujud tanpa kepimpinan dan tidak wujud pula kepimpinan tanpa ketaatan.”

Bersandarkan kepada nas-nas di atas, kita hendaklah menyedari hakikat bahawa penglibatan diri di dalam jamaah Islam yang berbentuk haraki adalah merupakan satu tuntutan syara’.
Di dalam merealisasikan tuntutan ini ke dalam waqi’ kita di Malaysia, ikhwah yang sedang melalui proses tajnid ini hendaklah peka terhadap beberapa zaadun ‘ala tariq (bekalan sepanjang perjalanan) yang perlu difahami, diamalkan dan diistiqamahkan sepanjang perjalanan ini.
Sehubungan dengan itu, dua perkara yang perlu kita programkan sepanjang kewujudan kita di sini adalah al-ghayah (matlamat) dan al-wasilah (kaedah atau cara) untuk sampai dan memenuhi al-ghayah tersebut.

Al-Ghayah (Matlamat)
Satu persoalan yang sewajibnya diulangi oleh setiap ikhwah dan akhawat sepanjang komitmen kita terhadap Islam dan jamaah ini ialah apakah dia matlamat kita?
Hanyalah dengan matlamat yang jelas akan dapat mengurus arah perjalanan dan keberkesanan perjuangan kita. Sasaran utama dalam konteks matlamat kita ini adalah:
-Fard al-Muslim (individu muslim) yang terangkum di dalamnya rumahtangga dan keluarga Islam
-Masyarakat dan negara Islam yang terlaksana di dalamnya keseluruhan hukum dan tuntutan Allah Azza

Dalam mengisi tuntutan ini Al-Syeikh Sa’id Hawwa menyebut bahawa maratib (peringkat) amal yang dituntut adalah:

1.Individu muslim hendaklah memperbaiki dirinya sehingga memiliki anggota tubuh badan yang kuat, akhlak yang suci, daya intelektual yang tinggi (muthaqqaf), keupayaan untuk menguasai suasana aqidah yang bersih, ibadah yang benar, berjihad dengan dirinya,menjaga waktunya, teratur hidupnya, mampu memberi manfaat kepada orang lain dan setiap ikhwah hendaklah berusaha untuk mencernakan tuntutan ini dengan kesungguhan.

2.Membentuk rumahtangga muslim sehingga keluarganya dapat menampung fikrah yang dibawanya, memelihara adab-adab Islam dalam setiap urusan rumahtangganya, memilih isteri yang solehah dengan memberikan panduan kepada hak dan tanggungjawabnya, mendidik anak-anak dengan sebaik-baiknya. Begitu juga dengan pembantu rumah, membesarkan mereka dalam suasana Islam dan setiap ikhwah hendak berusaha dengan satu kesungguhan untuk memenuhi tuntutan ini.

3.Memberi panduan kepada masyarakat dengan menyebarkan dakwah dengan baik dan menghapuskan segala kemungkaran, mengajak kepada yang ma’ruf, berlumba-lumba ke arah kebaikan, menjadi unsur yang dominan dalam masyarakat sehingga dapat menguasai pendapat am (public opinion) yang disandarkan dengan pandangan Islam dan menghidupkannya dalam kehidupan am. Tuntutan ini adalah ke atas setiap individu dengan didukung oleh jamaah sebagai tenaga yang menggerakkan.

4.Membebaskan negara dari belenggu pemerintahan yang bukan Islam dalam bidang siyasah (politik), iqtisad (ekonomi) dan ruh (kerohanian).


5.Membaiki kerajaan sehingga menuruti Islam yang sebenarnya serta berkhidmat sebagai khadam ummah yang bekerja untuk kepentingan ummah. Antara sifatnya adalah sifat belas terhadap rakyat, keadilan sesama manusia dan berjimat dalam urusan perbendaharaan dan ekonomi negara. Menjadi kewajipan negara inipula untuk menjamin keamanan, perlaksanaan system perundangan pendidikan sehingga melahirkan kekuatan, menjaga kesihatan am dan sebagainya.


6.Mengembalikan penyatuan umat Islam secara keseluruhan dengan membebaskan negara yang dijajah, mendekatkan budaya antara kaum dan berusaha untuk mengembalikan system khilafah yang telah dimusnahkan.


7.Berusaha untuk mewujudkan cirri “ustaziyat al-‘alam” (penguasaan alam) dengan penyebaran dakwah di segenap pelusuk dunia ini sehingga tidak ada lagi fitnah dan meletakkan al-Din keseluruhannya adalah milik Allah.


Keempat-empat peringkat di atas merupakan kewajipan yang perlu dipikul dengan jamaah dan setiap individu yang bersama dengannya sebagai pendukung yang utama.
Lihatlah betapa beratnya tugas ini dan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul yang mungkin dirasakan sabagai satu khayalan dan impian yang tidak akan tercapai oleh manusia tetapi Allah s.w.t. telah mengingatkan kita di dalam firmanNya yang bermaksud:
“Dan (setelah Yusuf dujualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: “Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak”. Dan demikianlah caranya kita menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Yusuf: 21)
Kita hendaklah menganggap kehadiran kita di sini adalah kehadiran dalam marhalah al-bina’ (peringkat pembinaan) dan pengemasan barisan kader perjuangan.
Maka dengan itu, antara matlamat yang perlu kita hadirkan adalah:


Pertama
Memperkemaskan diri kita dengan kefahaman Islam yang sebenarnya dengan memahami konsep tarbiyah yang syumul merangkumi tarbiyah ruhiyah; tarbiyah ‘aqliyah, tarbiyah jihadiyah, tarbiyah siyasiyah (politik), tarbiyah ijtima’iyah (kemasyarakatan) dan tarbiyah jasadiyah (fizikal).
Perkara yang perlu ditekan dalam pembentukan individu adalah:
1.Melahirkan insan yang bertaqwa pada Allah dengan pembentukan Iman dan aqidah yang benar.
2.Pembentukan fikrah Islam yang syumul (menyeluruh)
3.Pembentukan syakhsiyah Islamiyah (personality Islam) yang sempurna melalui akhlak yang benar, hati yang bersih lagi suci, ubudiyah hanya pada Allah dan memastikan hudud (sempadan) Allah dalam setiap urusan.
Perlu ditegaskan di sini bahawa musuh dan mereka yang tidak bersama dengan kita akan sentiasa mencari unsur yang negatif pada kita sebagai bahan untuk dijadikan hujah.
Pastikan sahsiah ini berjalan pada setiap ketika samada ketika bersendirian, berdua mahupun ketika ramai.
Cara berpakaian, cara mengatur rumah, perkembangan akademik dan budaya berfikir, cara bermuamalah dengan masyarakat semuanya mengajak kepada menzahirkan syakhsiyah Islamiyah.
4.Mewujudkan intima; dan iltizam kepada Islam, dakwah dan jamaah pada setiap masa dan di dalam suasana mana sekalipun.
5.Membentuk cirri-ciri kepimpinan dengan berpandangan jauh dan tajam terhadap isu sensitive terhadap perkembangan ummah dan bertanggungjawab dalam memikul tugas dan boleh memimpin.
6.Membentuk matlamat perjuangan yang jelas terhadap tanggungjawab individu kepada PAS dengan memahami dengan jelas akan perjuangnya iaitu:
a)Perjuangan yang bercita-cita untuk membentuk Daulah Islamiyah
b)Tanzim yang bersifat terbuka
c)Muwajahah silmiyah
d)Kepimpinan ulama dan penggabungan bersama oleh tenaga professional
e)Penglibatan dalam politik sebagai wasilah selain aktiviti-aktiviti lain yang mencerminkan gerakan Islam yang syumul
Kedua
Dalam hubungan ‘amal jama’I setiap nuqaba’ hendaklah jelas akan konsep tanzim kita di sini dan keperluan kepada konsep wala’ dan thiqah pada pimpinan.
Kerja kita di sini adalah kerja yang dihasilkan dari konsep syura dan bukannya pandangan individu.
Setiap keputusan yang melibatkan jamaah samada dari segi perencanaan, perjalanan dan hal ehwal ahli yang ada kaitan dengan jamaah hendaklah merupakan keputusan syura.


AL-WASILAH DAN KEPENTINGAN USRAH DALAM TARBIYAH
Bila kita menyebut tentang wasilah atau kaedah kita bekerja, terdapat unsur-unsur yang perlu difahami antaranya ialah wa’I (sedar) dan waqi’I (realistic).
Kita hendaklah sedar bahawa kita adalah pendakwah dan bukannya penghukum atau qadhi. Tugas kita adalah untuk berusaha semaksima mungkin untuk memanggil dan mengajak dan bukan untuk berebut mahupun memaksa.
Maka dengan demikian dua wasilah yang kita gunakan adalah wasilah umum dan wasilah khusus.
Dalam wasilah umum, tugas kita adalah untuk mnyampaikan Islam kepada umum dengan dakwah samada dengan lisan, tulisan ataupun dengan qudwah hasanah (contoh tauladan yang baik).
Kita hendaklah menerangkan apa itu Islam yang syamil (menyeluruh), apa itu aqidah yang benar yang kesemuanya ini perlu kembali kepada pentafsiran al-Quran dan al-Sunnah oleh ahlinya dan bukan yang diabstrakkan oleh ahli fikir semata-mata.
Kita mengadakan majlis-majlis ilmu, majlis masyarakat dengan unsur-unsur Islam dan lain-lain majlis yang boleh mesej Islam disampaikan.
Marhalah ini dikenali sebagai marhalah al-ta’rif (pengenalan) yang kandugnan utamanya adalah Islam dan Iman dan bukannya perkumpulan.
Hanya apabila telah diyakini bahawa mad’u (sasaran dakwah) telah boleh menerima konsep Islam sebagai al-Din yang syamil barulah dipindahkan kepada wasilah khusus.
Dalam wasilah khusus pula, konsep ‘amal jama’i adalah unsur yang ditekankan dan di sinilah bermulanya kepentingan usrah sebagai satu unit terpenting dalam gerakan Islam.
Dalam wasilah ini ada dua marhalah yang perlu di lalui iaitu takwin (pembentukan) dan tanfiz (perlaksanaan).
Di dalam marhalah al-takwin, unsur-unsur yang telah dikenalpasti boleh menerima konsep yang telah dijelaskan tadi hendaklah dipupuk dengan satu canaian seperti yang disebut oleh Sheikh Sa’id Hawwa sebagai nizam al-da’wah yang berbentuk sufi pada ruhnya dan ketenteraan dalam amalannya yang syiarnya adalah perintah dan taat.
Ikhwah hendaklah melatih diri untuk sentiasa berasa dalam keadaan peka dan bersedia menerima arahan dan tanggungjawab kerja.
Marhalah inilah yang dikenali sebagai tajnid untuk membentuk satu barisan keder yang telah mempunyai satu tasawur yang jelas terhadap Islam dan matlamat perjuangan kita.
Di sini beberapa pengorbanan adalah diperlukan dan ianya akan merupakan sebab kepada peningkatan Iman dan Islam kita kerana proses pencernaan akan berlaku dan beberapa ujian akan mula dirasakan.
Marhalah al-tanfiz sebagai marhalah ketiga pula adalah marhalah sebenar yang akan menguji komitmen kita terhadap segala teori yang telah kita jalani bila mana di dalam marhalah ini kita akan benar-benar berada di tengah-tengah medan juang dan di sinilah batas yang akan menguji keihlasan kita kepada Allah Aza Wa Jalla.
Ramai yang boleh berteori dan ramai yang boleh menyatakan Islam itu syamil dan kamil tetapi belum tentu yang ramai tadi akan sanggup menanggung berbagai mehnah dan ibtila’ (tribulasi dan ujian) yang akan berada di hadapannya.
Konsep Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dari Islam akan terbukti kalau kita berani membenarkan dan membawa Islam itu ke tengah-tengah medan tanpa mengira sebarang halangna yang didatangkan oleh manusia samada harta, kedudukan, pangkat, nama dan sebagainya.
USRAH SEBAGAI TUNJANG DALAM TARBIYAH HARAKIYAH
Proses tarbiyah Islamiyah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu.
Usrah yang berasal dari perkataan Arab yang membawa makna keluarga adalah merupakan satu medan di mana ahlinya bersama menjalani satu proses pembentukan yang dibina si atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah.
Bila mana kita menyebut ianya sebagai satu proses pembentukan ia membawa makna penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.
Penekanan terhadap unsur-unsur yang akan menlahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam sebagai system yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.
Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan ‘amilin (para pekerja) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan kepentingan orang-orang yang berfikir.
Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan di atas oleh kebatilan yang kemas.

Sehubungan itu, organisasi usrah di setiap peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar keberkesanannya akan dapat menguntungkan Islam dan jamaah.

PENTADBIRAN USRAH
Setiap naqib hendaklah memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapi dan kemas dan jangan sampai kepada peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah.
Dalam hubungan ini, isi usrah hendaklah jangan dijumudkan hanya kepada pembacaan teks dan hafalan tetapi dipelbagaikan bertepatan dengan cirri tarbiyah kita yang mempertekankan segenap aspek Islam itu sendiri.
Kepelbagaian ini boleh dibuat dalam bentuk pembacaan, perbincangan, rehlah (perkelahan), riadhah (sukan), majlis qiamullail dan sebagainya.
Usrah mempunayi beberapa cirri yang membezakannya dari nizam al-tarbiyah yang lain dan di antara cirri-ciri tersebut ialah:

1.Usrah hendaklah bersifat mutawasil (berterusan): Sesuatu pembentukan yang bersifat sekali sekala atau terputus-putus tidak akan dapat mencapai kesan yang diharapkan.
Ciri ini akan membantu proses perkembangan dan penghayatan secara yang lebih berkesan.

2.Merangkumi keseluruhan ahli samada pengikut, pekerja mahupun pimpinan. Ini adalah untuk memastikan agar tidak ada ahli yang terlepas dari program tarbiyah.

3.Mempunyai perancangan (al-takhtit) yang rapi dalam semua sudut.

4.Kesungguhan semua pihak yang terlibat samada nuqaba’ mahu pun ahli.

5.Di antara ciri-ciri keberkesanan sesuatu usrah itu akan dapat dilihat bila persoalan ini ditanya dan dapat dijawab dengan sempurna mungkin:

a.Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam

b.Sejauh mana pula konsep al-ta’awum (bekerjasama) di kalangan para ahli dalam membantu proses penghayatan Islam

c.Sejauh mana ikatan dibentuk dan sejauhmana pula pelaksanaannya dalam bentuk amalan.

Akhirnya marilah kita sama-sama memperbahrui syahadah perjuangan kita dengan mengulangi ucapan Allahu rabbuna (Allah tuhan kami), al-Rasul za’imuna (Rasul pemimpin kami), al-Quran dusturuna (al-Qur’an perlembagaan kami), al-Jihad sabiluna (jihad jalan kami) dan al-maut fi sabilillah asma amanina (mati dijalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami).
Sesungguhnya Islam tidak berhajat kepada kita tetapi kitalah yang berhajat kepada Islam danhajat ini tidak akan dapat dipenuhi kalau keindahan dan kesyumulan Islam itu hanya kita teorikan dan tidak dicernakan dalam amalan dan perbuatan kita.

May 8, 2008

Mini Jambori PSFM 2007

MINI JAMBORI 2007





Apr 22, 2008

Jadikan Anak Pusaka Peninggalan

SEORANG ibu dan ayah itu perlu menjadikan anak-anak sebagai pusaka peninggalan yang akan memberi manfaat kepada mereka setelah mereka meninggal dunia. “Jika anak itu anak yang soleh maka dia ada keupayaan untuk memberi bantuan kepada ibu bapanya yang telah meninggal dunia,” demikian kata Ustaz Roslan Mohamed, pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Sehubungan dengan itu, katanya, kita dianjurkan berdoa, antara lain, “Ya Allah, jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang bertakwa.” “Maknanya, anak tadi perlu menjadi warisan atau pusaka. Anak yang soleh itu warisan. Kalau dulu si ibu dan si ayah mungkin orang yang kuat agama, insya-Allah dengan kesolehan anak, ia boleh beri kelebihan pada emak dan ayah yang telah meninggal dunia.” Menurutnya, umat Islam tidak boleh memandang ringan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah yang berterusan, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.” (Riwayat Bukhari) Untuk itu, mahu tak mahu, anak-anak perlu dididik agar menjadi soleh agar dapat membantu kita di alam barzakh kelak. “Kita selalu berfikir kalau hendak tinggalkan anak, anak nak makan apa, bimbang kalau anak tak ada harta, tak ada rumah nak duduk. Tapi tak ramai yang berfikir, apakah ilmu yang aku dah tinggalkan pada anak-anak, apakah agama yang aku dah tinggalkan, apa batas agama yang anak aku tahu, apa nilai-nilai Islam yang aku dah didik.
Jarang yang berfikir begini, sebaliknya hanya fikir tentang masalah fizikal dunia saja,” ujarnya lagi. Beliau berkata, bukanlah bermakna harta tidak penting dalam kehidupan, tetapi ada yang lebih penting. “Dalam Islam ada kaedah, mendahulukan yang lebih penting daripada yang penting. Ada benda yang penting, tapi yang lebih penting itu kita dahulukan. Misalnya, makan penting tapi makan sesuatu yang halal itu lebih penting. Kalau kita letakkan makan itu penting tapi kita tak peduli yang lebih penting iaitu soal hukum, payah. "Beliau memetik kata-kata seorang Sahabat besar bahawa ilmu yang dimiliki itu akan menjaga kita, sedangkan harta pula, kita yang perlu menjaganya. “Dalam konteks anak-anak, kalau anak-anak ditinggalkan dengan ilmu, jangan bimbang, dia boleh berdikari, boleh hidup. Tapi kalau ditinggalkan harta semata-mata, belum tentu anak itu boleh hidup. Kita tinggalkan anak dengan 20 ekar tanah sebagai contoh, kalau ilmu tak ada, dalam masa dua tahun, habis. Dengan rumah-rumah sekali terjual. Tapi kalau anak itu ditinggalkan dengan ilmu, insya-Allah.”
Masalahnya, kata beliau, ramai ibu bapa yang lebih memikirkan soal harta mengatasi soal ilmu. Sedangkan anak yang telah diberi ilmu secukupnya hingga menjadi soleh, dia akan tahu mencari harta dan rezeki sebab sudah berilmu. Seterusnya mampu membina kehidupan yang sejahtera dan dapat pula memberi kesejahteraan kepada ibu bapanya yang telah meninggal dunia. Ukuran ‘Soleh’ Di Usia Tadika? Sekarang ramai ibu bapa menghantar anak mendapat didikan agama sejak kecil. Ini satu perkembangan yang bagus. Bagaimanapun, kata Us. Roslan Mohamed, masih ada di kalangan ibu bapa yang beranggapan bahawa cukup dengan sedikit didikan agama yang diterimanya di sekolah tadika sewaktu kecil untuk membolehkan anak itu menjadi anak yang soleh. “Ibu bapa kadang-kadang masih tak faham. Mereka mahu anak jadi soleh tapi kesolehan anak itu hanya di sekolah, sedangkan di rumah tak diberi didikan yang cukup. Anak hanya tau baca doa di sekolah, masa makan dengan cikgu, tapi di rumah, ada tak baca doa tadi? Sampai satu tahap, anak tak soleh juga akhirnya. “Jadi di mana tahap kesolehan itu? Adakah hanya pada tahap umur lima, enam tahun? Cukupkah itu untuk melayakkan dia jadi soleh?” soal beliau. Us. Roslan berkata, kesolehan anak yang telah disemai di peringkat usia tadika tadi mesti dipupuk secara berterusan, bukan terputus di tengah jalan sebaik-baik memasuki darjah satu dan seterusnya. “Soleh yang dimaksudkan dalam hadis bukan setakat umur lima, enam tahun. Soleh tu di peringkat umur yang sudah mukallaf. Sudah baligh. Sudah bermulanya kewajipan beribadah. Di situlah tahap bermula kesolehan dan diterimanya doa,” jelas beliau.
Jalan Keluar Buat Pasangan Tiada Anak Sebut pasal anak sebagai saham akhirat, bagaimana dengan pasangan yang tak ada anak tetapi hanya ada anak angkat? Sampaikah doa anak angkat yang soleh untuk ibu bapa angkatnya yang telah meninggal dunia? Menurut Ustaz Roslan, doa seorang anak angkat juga didengar oleh Allah. “Islam ini adil,” katanya sambil memberi contoh Nabi s.a.w. sendiri yang merupakan anak yatim dan dipelihara sebagai anak angkat oleh datuknya Abdul Muttalib dan kemudian bapa saudaranya Abu Talib. “Ada beberapa keadaan, Nabi s.a.w. sentiasa mendoakan bapa saudaranya dan datuknya. Banyak mendoakan mereka. Antaranya, doa Nabi untuk bapa saudaranya agar menerima Islam, mendapat hidayah dan kemuncak dari itu adalah ketika Abu Talib hendak mati, baginda meminta Abu Talib terima Islam tetapi Abu Talib enggan dan tetap mati dalam keadaan kufur. “Kita lihat di sini, Nabi bukan anak kandung Abu Talib tapi anak saudaranya. Tetapi dalam konteks ini didapati bahawa ada hak bagi seorang anak yang bukan berbinkan ayah angkatnya, untuk mendoakan orang yang telah memeliharanya. Jadi kita boleh mengambil iktibar bahawa sebagai anak angkat yang dipelihara oleh satu keluarga, kesolehan dan doanya tetap sampai kepada ibu ayah yang memeliharanya. ”Apatah lagi, tambahnya, jika ibu bapa angkat itu memang mendidik anak angkatnya untuk jadi anak yang soleh. Menurutnya, mengambil anak angkat itu sendiri, Islam tak larang kerana ia satu bantuan kemanusiaan. Anak itu mungkin anak yatim, kematian ayah dan ibu, jadi dengan adanya orang yang memeliharanya maka terbela hidupnya dan terbela agamanya, insya-Allah. “Dalam keadaan begitu, kalau anak itu seorang anak yang soleh, walaupun ayahnya ayah angkat, tapi kesolehannya tadi akan sampai kepada ayah angkatnya yang telah mati,” ujar beliau sambil mengiaskannya dengan doa yang terdapat di dalam hadis dan menjadi rukun khutbah, iaitu permohonan ampun untuk sekalian orang Islam dan orang mukmin. “Apabila kita baca doa ini, mungkin termasuk emak ayah kita, keluarga kita, rakan taulan kita, orang yang kita kenal dan tak kenal. Kenapa kita diminta berdoa begitu? Sebab, kesolehan kita boleh memberi manfaat kepada orang lain, apatah lagi kalau emak ayah kita sendiri (termasuklah ibu bapa angkat). Di sini cantiknya Islam.” “Sampaikah doa anakku?” Bagaimana halnya dengan ibu bapa kandung yang anak-anaknya telah diserahkan ke dalam jagaan orang lain sejak kecil, adakah doa dan kesolehan anak-anaknya itu sampai pahalanya kepada mereka apabila mereka telah meninggal dunia? “Dalam hukum agama, tetap sampai,” jelas Us. Roslan Mohamed. Bermakna, anak yang soleh itu masih tetap menjadi pusaka peninggalan walaupun telah diserah ke dalam jagaan orang lain. Katanya, walaupun si anak tadi umpamanya telah terputus hubungan dengan keluarga kandung, tinggal berjauhan atau mungkin telah berjauh hati, tapi sampai satu saat dia ingat balik pada emak yang telah melahirkan dia. “Mungkin si emak telah meninggal tapi dia teringat balik sejarah hidup emak yang telah melahirkannya dan keinsafan tu datang, lalu dia mendoakannya, minta Allah permudahkan ke syurga, minta keampunan untuknya. Sampai.
Ini disepakati oleh ulama.” Katanya, Abdullah Nashih Ulwan dalam kitabnya Pendidikan Anak-anak Di Dalam Islam (terjemahan) menyebut bahawa setiap doa yang dilafazkan dalam keadaan ikhlas, dengan hati yang ikhlas maka doa itu akan sampai, tidak kira pada siapa. Hatta doa kepada orang yang kita tak kenal. “Tapi tidaklah sekuat doa seorang anak kepada ibu bapanya,” ujarnya.
Sumber: ukhtie_murfiqah on Wednesday 09 January 2008 - 22:10:45

Apr 21, 2008

Bukan selama-lama gagal

Oleh MOHD. RIDUWAN WAHAB

Memang tidak dapat dinafikan bahawa peratus pelajar yang memperoleh kejayaan dalam peperiksaan awam di seluruh negara kian meningkat saban tahun secara keseluruhannya. Namun, bagaimanakah pula dengan nasib mereka yang tidak dapat memenuhi impian ibu bapa dan guru yang mengharapkan kejayaan mereka?.

Wajarkah mereka disisihkan dalam keghairahan kita meraikan kejayaan yang lain?
Justeru, usah kita lupa akan nasib ratusan ribu pelajar yang tercicir daripada arus pendidikan perdana pada setiap tahun kerana jumlah ini akan kian bertambah. Mereka yang kurang cemerlang dalam peperiksaan ini tidak seharusnya dibiarkan sama sekali. Ini kerana ada pendapat mengatakan bahawa kecemerlangan bukan sekadar dapat diukur berdasarkan keputusan peperiksaan semata-mata.
Dalam hal ini, penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah, sahsiah, dan budi pekertinya juga perlu diambil kira bagi melengkapkan pakej pelajar cemerlang yang bakal dilahirkan untuk mewarisi tampuk pemerintahan negara.
Justeru, ibu bapa tidak sepatutnya menganaktirikan anak-anak yang kurang cemerlang akademiknya sedangkan mereka cemerlang dalam bidang kemahiran. Daripada laporan yang diberikan, ternyata ramai pelajar yang menunjukkan minat yang tinggi dalam bidang kemahiran tertentu.
Oleh itu, ibu bapa berperanan menilai dan mengadaptasi kecenderungan, kebolehan, bakat dan potensi anak-anak dengan mencungkil kelebihan yang dimiliki oleh mereka. Anak-anak sewajarnya diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan masing-masing supaya ibu bapa dapat mengenal pasti keperluan mereka.
Dengan ini, ibu bapa boleh membaiki cara asuhan mereka dan persekitaran pendidikan anak-anak agar mereka dapat berkembang dan membesar dengan baik. Kerana anak-anak merupakan individu yang berbeza antara satu dengan yang lain. Terpulanglah kepada kesungguhan ibu bapa untuk menggilap kualiti yang ada pada anak-anak mereka.
Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis Baginda yang menyatakan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam usaha mencorakkan peribadi anak-anak. Waktu pendidikan yang paling sesuai untuk memulakan usaha ini ialah ketika mereka masih kecil. Sesungguhnya bijak pandai pernah berkata, “mengajar ketika kecil laksana mengukir di atas batu, manakala mengajar ketika dewasa laksana mengukir di atas air”.
Oleh demikian, ibu bapa tidak lagi boleh menjadikan kegagalan anak-anaknya dalam pendidikan sebagai alasan untuk memberhentikan persekolahan mereka di pertengahan jalan. Sebaliknya, ibu bapa perlu sedar bahawa pendidikan merupakan pelaburan untuk masa hadapan keluarga.
Ibu bapa harus bersedia untuk berkorban demi masa hadapan anak-anak kerana dengan ini, anak-anak akan lebih bermotivasi untuk belajar dan menghargai apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka.
Kejayaan
Percayakah kita bahawa ada dalam kalangan pelajar yang berjaya dalam peperiksaan tersebut pada suatu masa dahulu pernah mengalami kegagalan? Namun, kegagalan yang dialami itu tidak mematahkan semangat mereka untuk bangkit semula mencipta kejayaan malah lebih berjaya daripada individu yang pernah berjaya sebelum ini.
Inilah semangat positif yang perlu diterapkan dalam diri setiap individu bagi mengelakkan berlakunya keciciran di kalangan remaja yang kononnya disebabkan oleh sikap putus asa akibat gagal dalam peperiksaan. Orang tua-tua pernah berkata, ‘gagal hari ini tidak bermakna kita akan gagal untuk selama-lamanya’.
Malah ada dalam kalangan para pelajar yang mencapai keputusan cemerlang ini terdiri daripada golongan kurang upaya. Bahkan, ada yang mencatatkan sejarah tersendiri dengan menempatkan diri sebagai pelajar terbaik di kalangan rakan-rakannya yang normal.
Kegigihan mereka untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pelajar yang normal seharusnya mendapat pujian dan wajar dicontohi. Selain itu, ada juga di kalangan mereka yang berasal daripada keluarga miskin dan tinggal di luar bandar.
Mereka tidak pernah menyesal dengan kekurangan yang dimiliki sebaliknya menjadikan perkara ini sebagai motivasi dan cabaran untuk merangkul kejayaan. Sekali gus mereka menafikan tanggapan masyarakat umum yang mengaitkan kemiskinan sebagai salah satu faktor penghalang untuk berjaya.
Dalam masa yang sama, hal ini telah membersihkan imej pelajar di kawasan luar bandar yang sebelum ini sering dianggap ketinggalan dalam pelajaran tertentu dengan adanya peningkatan keputusan dalam subjek teras termasuk Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains pada peperiksaan yang lalu.
Apa yang dilakukan oleh pelajar-pelajar gigih ini seumpama titisan air yang akhirnya berjaya melekukkan batu yang besar. Ternyata kejayaan ini tidak datang bergolek, malah memerlukan usaha yang tidak mengenal erti penat.
Bayangkan betapa sukarnya untuk pelajar istimewa mengulang kaji pelajaran. Dengan berbekalkan buku rujukan biasa yang diterjemahkan kepada tulisan Braille hasil bantuan rakan-rakan yang normal dan guru-guru, mereka menggagahkan diri untuk berhempas-pulas semata-mata untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.
Jiwa dan semangat mereka begitu kental. Jika tidak, masakan mereka mampu melakukan ini semua. Sikap rajin dan tidak pernah berputus asa di samping mempunyai perasaan ingin tahu serta berfikiran positif turut membantu mereka dalam hal ini. Ditambah pula dengan dorongan dan sokongan moral yang kuat daripada kaum keluarga dan guru-guru, kejayaan yang diimpi kian menjadi realiti.
Bagi pelajar yang berasal daripada keluarga kurang berada pula, tentunya matlamat untuk mengubah taraf hidup keluarganya dijadikan sebagai pemangkin dan pembakar semangat untuk mereka berjaya.
Kemiskinan yang dialami selama ini bukanlah belenggu yang mustahil untuk dibolosi. Sebaliknya, dengan adanya pendidikan, seseorang individu mampu mengecap kehidupan yang lebih baik berbanding apa yang dirasai oleh ibu bapanya dahulu.
Perkara ini telah banyak dibuktikan dalam sejarah negara. Ternyata, rata-rata kebanyakan personaliti yang berjaya hari ini dahulunya adalah seorang kanak-kanak yang lahir dalam keluarga miskin yang berlatarbelakangkan sosioekonomi yang serba kekurangan. Namun, berkat kesungguhan mereka, kini individu-individu yang terbilang ini mampu menerajui kepimpinan negara dan menyumbang ke arah pembangunan negara dalam pelbagai bidang.


Sumber: Utusan Malaysia/22 April 2008 / 15 Rabiul Akhir 1429

Tutup aurat biar sempurna

Malam tadi sempat jeling-jeling acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian kat TV3. Ada sesuatu yang agak menyakitkan mata. Pertama, seperti biasa artis-artis ni memang gemar berpakaian dedah sana sini. Kedua, artis yang bertudung nampakkan pakai tudung sekadar tutup rambut. telinga dan leher terdedah pula.

Kita amat mengalu-alukan perubahan artis yang dulunya tidak bertudung kemudiannya sedia untuk menutup aurat–terutamanya selepas balik dari Tanah Suci. Alhamdulillah. Namun nampaknya macam ada satu evolusi tudung. entah siapa yang mula saya tak tahu. Tapi saya takut trend bertudung nampak leher ni berjangkit pula pada anak-anak gadis yang selama ini bertudung sempurna.

Saya harap para artis ni lebih berhemah. Cuba kembali tanya soalan asas: Kenapa anda bertudung? Adakah tudung anda menepati agama? Adakah anda merujuk ilmuan Islam atau pereka fesyen dalam memilih tudung yang sesuai? Di bawah ini saya paparkan satu artikel tentang penutupan aurat. Agar kita semua bersemangat untuk menjaga syariat Allah ini.
Tutup aurat menawan dan dapat pahala

SUNGGUH mengagumkan apabila fesyen terutama untuk wanita membuka ruang diskusi dan perdebatan, dari pentas peragaan di Paris dan New York hingga ke padang pasir berkerikil di negara Arab mengenai pakaian lelaki dan wanita sama ada dipandang dari sudut negatif atau positif. Beberapa tahun lalu, perdebatan berkisar isu pakaian wanita Islam hebat diperkatakan dan aspek yang sangat mempesonakan ialah kebanyakan perdebatan itu didominasikan bukan Muslim.

Kepada sesetengah pihak, wanita bertudung lingkup dari kaki hingga kepala didakwa sebagai satu penindasan, manakala yang lain cuba memahami logik yang tersirat di sebaliknya, sementara bakinya tidak mempedulikannya malah berpendapat penerimaan cara berpakaian hak individu.

Sesuatu pakaian boleh dikatakan fesyen atau tidak bukannya berdasarkan faktor negara semata-mata. Jika anda dari Afrika Barat, contohnya warna terang, pakaian panjang dan aneka hiasan lazimnya mendominasi fesyen pakaian.

Jika anda dari Pakistan, mungkin menjadi cantik dengan ’salwar kameez’ (baju dan seluar yang longgar) yang ditakrifkan sebagai sentuhan menarik. Tetapi sekiranya anda mengenakan gaya berfesyen ekstrem dari Barat, norma atau kebiasaan yang perlu dibayar terlampau mahal harganya.

Beberapa tahun lalu, kita mendapati peningkatan bilangan remaja perempuan Islam mengenakan tudung untuk menutup kepala dan berpakaian dengan gaya sederhana.
Walaupun ia mungkin menjelakkan bagi golongan yang cenderung kepada ‘kebebasan’ dalam berfesyen, aliran itu semakin meningkat.

Ketika fesyen golongan lelaki tidak mendapat perhatian sebagai tajuk besar, fesyen wanita adalah sebaliknya mempunyai pengaruh kuat dalam hubungan sosial dan ekonomi.
Jika kita menyelidik lebih dalam, kita akan menemui sejumlah wanita Islam yang cenderung kepada pakaian sederhana.

Kita juga akan menemui wanita mengenakan tudung kerana pelbagai sebab dan alasan.
Di kebanyakan negara majoriti penduduknya Muslim, terutama negara Arab, transformasi kepada kesederhanaan berpakaian menunjukkan peningkatan dramatik beberapa tahun kebelakangan ini.

Anda boleh terus menyelidiki senario ini, bilangan wanita memakai tudung kerana menjadi amalan masyarakat dari generasi ke satu generasi, wanita memakai tudung kerana sebahagian daripada fesyen atau mereka mengubah suai sehingga mewujudkan pelbagai gaya pemakaian tudung.

Kemudian, anda juga boleh menemui keseimbangan wanita yang mengutamakan kepercayaan agama, malah memahami kepentingannya dan oleh kerana itu memilih untuk memakai tudung.
Jika kita menoleh ke perbatasan Indo-Pakistan, ada kecenderungan berbeza dalam aspek ini. Pakaian wanita lebih sederhana, sama ada dengan ’salwar kameez’ atau ’sari’.

Tetapi di kalangan masyarakat Islam, wanita juga ada kelihatan tidak menutup kepala atau menutupinya secara acuh tidak acuh. Di sini mungkin ada alasan berbeza, tetapi secara asasnya menutup kepala secara sempurna adalah tanggungjawab beragama.

Adakah anda pernah bertanya pada diri anda. “Kenapa saya memakai pakaian begini? Adakah bagi mematuhi peraturan agama kerana pengaruh budaya atau sosial? Kemudian, apakah cita rasa cara berpakaian anda dipengaruhi agama yang anda anuti, kewarganegaraan anda, atau masyarakat anda? Apakah anda juga dipengaruhi aliran fesyen tempatan atau antarabangsa? Maryam, 19, dari Ghana, berkata jika mengikut budaya wanita di negaranya, mereka mengenakan pakaian panjang dan menutup kepala.

“Tetapi dengan semua yang berlaku seluruh dunia, kini saya mempunyai banyak persoalan dan mahu mengetahui agama lebih baik.
“Saya mula memakai hijab dan berasakan lebih banyak kebaikan mengenainya. Walaupun tiada yang ingin mendekati saya dan ini mungkin satu masalah, menutup kepala adalah tuntutan agama dan budaya. Saya memilihnya kerana tuntutan agama,” katanya.
Ruqayya, 22, dari Afrika Selatan, yang menggemari fesyen pakaian, berkata sebelum ini dia berpendapat aktiviti berfesyen bercanggah dengan agama.

“Tetapi sekarang saya tidak berfikir demikian. Saya percaya anda dapat memberikan komitmen kepada agama dan terus berfesyen, selagi anda memenuhi tuntutan syariat dan kod pakaian yang ditetapkan Islam.
“Hanya dua tahun lalu, saya mula berfikir mengenai hijab,” katanya yang sentiasa berpakaian sederhana (baju labuh dan berseluar atau berkain labuh).
“Saya mahu menutup rambut dan saya suka berbuat demikian dalam majlis tertentu. Saya tahu ia tidak sepatutnya dalam majlis tertentu. Bukan bermakna saya enggan memakainya, tetapi apabila saya mahu memakainya, saya mahu niat saya ikhlas,” katanya.
Huda, 16, dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), berkata: “Saya berfesyen untuk menarik hati.
Memang bukan begitu sepatutnya, tetapi saya hanya menjelaskan sikap jujur saya.” Dia bukannya mengenakan pakaian untuk menunjuknunjuk, tetapi dia memang suka kepada aksesori dan kelihatan anggun.

“Saya tidak kisah apa yang rakan saya fikir terhadap pakaian saya. Saya suka pujian dan berbual mengenai fesyen terbaru,” katanya.

Mengenai fesyen, secara langsung atau tidak, secara sedar atau tidak, orang akan sentiasa terpengaruh dengannya. Aliran fesyen bergerak pantas dan ramai remaja mendapati mereka tertekan apabila mahu menyesuaikan diri dengan gaya fesyen terkini.
Tetapi segelintir dapat menenangkan diri mereka daripada menghadapi kekalutan itu.
Ketika sesetengah memberikan alasan, fesyen membuatkan orang kelihatan anggun, sebaliknya ia juga boleh membawa masalah apabila ia mempengaruhi harga diri orang.
Penting untuk mengetahui alasan anda berpakaian sedemikian. Dengan cara itu, anda dapat menerima pilihan gaya anda dengan alasan munasabah. Apa yang penting pakaian anda menepati hukum Allah.
Sumber:http://abimuslih.wordpress.com.