Laman Bahagian Hal Ehwal Tarbiah, Sekolah Rendah Al-Itqan, Pulau Pinang.
Satu usaha pendidikan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Salam Perkenalan
islahkini dot com
Laman ini merupakan Hak milik dan kelolaan Bahagian Hal ehwal Tarbiah, Sekolah Rendah Al-Itqan, Pulau Pinang. Laman ini merupakan satu usaha mengangkasakan proses pentarbiahan kepada Ahli Lembaga Pengarah, Guru, Waris, Alumni dan murid-murid serta seluruh umat islam.
Diharap semua pihak boleh bekerjasama meningkatkan tahap pentarbiahan keluarga sraipp.
SEKOLAH RENDAH AL-ITQAN, 459, JALAN KAMPUNG MASJID, 11920 TELUK KUMBAR, PULAU PINANG.
TEL/FAX:04-6494203
FALSAFAH SEKOLAH RENDAH AL-ISLAH, P.PINANG
VISI KE ARAH MENJADI SEBUAH INSTITUSI PENDIDIKAN YANG TERULUNG, SEIMBANG, BERSEPADU DAN DISEGANI DI MALAYSIA. MISI
MELAHIRKAN GENERASI RABBANI, KOMPETEN DAN BERAKHLAK MULIA.
MEWUJUDKAN TENAGA PENGAJAR DAN STAF YANG BERKEMAHIRAN TINGGI, DINAMIK, KOMITED DAN SANGGUP BERKORBAN. MENYEDIAKAN PRASARANA YANG LENGKAP DAN KEMAMPUAN KEWANGAN YANG CUKUP.
ORGANISASI PENGURUSAN SEKOLAH
PEMANGKU GURU BESAR Mualimah Asmawiyah bt. Ismail
PENOLONG KANAN HAL EHWAL AKADEMIK Mualimah Zaiton bt. Abdul Rahman
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID Mualim Mohd. Naiz b. Izally
PENOLONG KANAN HAL EHWAL TARBIAH Mualim Mohamad Sazmani b. Abdul Samat
BAHAGIAN HAL EHWAL TARBIAH, SEKOLAH RENDAH AL-ISLAH, PULAU PINANG
VISI ‘Melahirkan Generasi Rabbani’
MISI “Bahagian Hal Ehwal Tarbiah SRI AL-ISLAH berusaha menjadi sebuah organisasi yang mantap dan berkesan yang dapat membentuk insan yang mempunyai ilmu duniawi dan ukhrawi yang bukan sahaja dapat membentuk sahsiah dan peribadi yang kukuh malah dapat menongkah mehnah dan tribulasi dunia global yang kian mencabar”
MOTTO ‘KUALITI FOKUS KAMI’
ORGANISASI BAHAGIAN HAL EHWAL TARBIAH
PENOLONG KANAN HAL EHWAL TARBIAH Mualim Mohamad Sazmani Bin Abdul Samat
Unit:
Bahagian Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh Mualimah Mas Sariza bt. Mat Isa
Bahagian Pembangunan Insan Mualimah Nurul Akmar bt. Jaafar Husni
Bahagian Pergerakan Syabab Fatayat Malaysia Mualim Fardaus b. Hamzah
PERANCANGAN STRATEGIK BAHAGIAN HAL EHWAL TARBIAH, SRAIPP 2008-2013
1. Menjadi sebuah organisasi yang sepenuhnya mengamalkan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dalam menguruskan semua kegiatan HET.
2.Membentuk sistem usrah SRAIPP menjadi sebuah Institusi yang sistemik dan berkesan sebagai wadah utama Pembentukan Insan Rabbani.
3.Penyediaan Data SPPM yang mesra pelanggan dan lebih berkesan dengan mendapat 100% kerjasama dan penglibatan Ibu Bapa/ waris/ penjaga.
4.Membentuk Pergerakan Syabab Fatayat SRAIPP sebagai sebuah pergerakan yang dikenali di seluruh negeri Pulau Pinang.
5.Menjadikan seluruh warga SRAIPP mempunyai sahsiah yang terpuji yang mendapat pengiktirafan masyarakat dan pelanggan melalui peningkatan jumlah kemasukan ke SRAIPP yang menjadi 800 orang pada 2012
6.Melahirkan guru atau tenaga pendidik yang berilmu dan berwibawa yang menghayati dan memahami matlamat sekolah melalui penglibatan program sekolah dengan komitmen yang tinggi.
Tinta Tarbiah
Melahirkan Generasi Rabbani: Satu Visi, Satu impian.
Senario masyarakat di era baru ini amat membimbangkan, kejatuhan nilai moral masyarakat mula terasa bahangnya sehingga memberi kesan besar terhadap kesejahteraan dan keselamatan masyarakat sekeliling.Golongan muda melakukan pelbagai gambaran buruk yang dicanangkan kepada umum, menandakan kehancuran masyarakat masa depan akan berlaku. Golongan muda ‘pewaris kepimpinan’ negara ini begitu ‘lembik’ untuk menangkis cabaran dan mehnah dunia global yang semakin mencabar ini.Budaya-budaya alaf baru ‘diperkenalkan’ oleh golongan muda seperti ‘ Black Metal’, ‘Mat Rempit’ dan pelbagai masalah sosial yang lain mencabar kita sebagai umat islam yang sentiasa inginkan maruah islam kembali diagungkan. Pada masa ini, kita jangan ‘melatah’ untuk menutup kesilapan dan menuding kepada orang lain tetapi mula merangka fasa pemulihan ke arah Pembentukan Generasi Rabbani yang menjadikan Islam sebagai wasilah agung.Dengan visi dan impian yang luhur dan suci untuk melihat generasi muda masa hadapan menjadi Generasi Rabbani. Generasi ini sebenarnya yang menjadi aset berharga kepada Islam, seterusnya menjadikan generasi yang berjaya meletakkan kedaulatan islam kembali di puncak seperti semasa kegemilangan islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Visi ini penuh dengan ranjau berduri namun impian untuk melahirkan generasi ini tidak akan lepas dari genggaman. Biar panas berpanjangan, biar hujan membasahi tubuh namun usaha kita untuk mencapai impian ini tetap dilakukan.Usaha pihak sekolah untuk mencapai visi dan impian suci ini bukanlah ‘omong-omong’ kosong malah visi dan impian yang sarat dengan ‘kekuatan’ dan ‘semangat’ bersama dengan sejuta harapan. Matlamat luhur yang ingin melihat islam diagungkan semula memerlukan sokongan dan galakan dari umat islam itu sendiri kerana jangan jadikan ‘umat islam ini umpama buih’ dimana jumlah yang ramai tetapi tidak memberi sebarang sumbangan untuk islam.Akhir kalam, marilah kita berusaha bermula dari sekarang bukan hanya bermula dari anak-anak kita malah bermula dari diri kita sendiri kerana kita tidak mempunyai masa untuk menunggu lagi, barah umat islam semakin kritikal, bangkit kita bersama-sama mencapai satu visi, satu impian iaitu bersama-sama Melahirkan Generasi Rabbani.
Diharap pembaca sekalian atau sesiapa yang berminat menghantar artikel kepada islahkini dot com untuk memastikan Laman islahkini dot com ini dikemaskini dan lebih bermanfaat serta memberi pelbagai input kepada semua pembaca. Kepada pembaca yang ingin menyampaikan sebarang berita dan maklumat sila emailkan kepada admin islahkini dot com islahkini@gmail.com.